The owner
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| 35 tahun bersamamu... Assalamualaikum wrbt semua Peace be upon you In Syaa Allah...Kepahitan semalam mengajar kita mendapat kemanisan hari ini... Tahun ini pada 29 hb August 2015 genaplah 35 tahun saya dan suami mendirikan rumahtangga. Kami bernikah setelah berkenalan selama 2 tahun. Kami bertemu ketika sama2 di Kolej Perguruan pada tahun 1978. Setelah kedua2nya bekerja sebagai guru, kami disatukan pada 29 August 1980 selepas mendapat restu ibu bapa dan keluarga. Kami sudah berjanji bahawa kami mesti pastikan kami mendapat pekerjaan dahulu barulah kami akan mendirikan rumahtangga. Kami tidak mau menyusahkan orang tua kami dengan menanggung beban hidup kami. Kami perlu bersedia dan belajar menghadapi kehidupan rumahtangga yang penuh cabaran. Apabila sepasang manusia itu sudah bernikah, secara tidak langsung satu perjanjian yang sangat besar dan rumit dimeterai.
kami
Saya adalah orang yang realistik. Hidup saya juga realistik. Di sini saya ingin menyatakan pandangan saya secara umumnya. Kehidupan rumahtangga yang sebenarnya bukanlah 'a bed of roses'. Perkahwinan ibarat sebuah taman yg kita idamkan dipenuhi bunga2 yang harum dan indah. Tapi itu bukan realitinya.Dalam banyak2 bunga , ada bunga yg indah tapi busuk baunya, ada bunga yang layu, ada pohon yang tidak mau berbuah dan berbunga dan berbagai2 lagi. Namun kita tidak boleh putus asa. Pohon2 bunga harus disiram dgn iman dan taqwa dan dibajai dgn kasih sayang dan kesabaran. In marriage.we have our ups and downs. Hidup berumahtangga ini juga disulami suka, duka, perit, jerih, ujian, dugaan dan cabaran. Perkahwinan sebenarnya menuntut toleransi dan kesabaran yang sangat tinggi. Ketika baru berkahwin, biasanya semuanya fresh..semuanya indah belaka. Setelah lahir cahayamata dan journey kita mula menyusuri berbagai liku ke hadapan , bermulalah berbagai kisah. Saya dan suami menjalani dan mengurus hidup kami dalam keadaan serba sederhana kerana kami sedar akan kemampuan kami. Kami didik dan besarkan anak2 kami seperti orang lain juga dengan didikan agama menjadi keutamaan. Saya percaya apabila agama dititikberatkan pasti yg indah2 seperti kasih sayang, timbang rasa, tolak ansur dan lain2 itu terbentuk dgn sendiri. Tetapi apa yg selalunya terjadi pada keluarga2 yg tertentu ialah ianya tidak terbentuk kerana mereka tidak mempraktikkannya. Mereka sekadar mengindoktrinasikan sahaja secara verbal tanpa praktikal. Sekadar berkongsi...satu perkara yang sangat kami terapkan dalam keluarga kami adalah kasih sayang. Kasih sayang adalah salah satu tiang yg terbesar di bawah tiang seri iman dan taqwa. Saya mempunyai seorang kawan yg sangat islamik, alim dan warak. Tetapi anak isterinya diabaikan kasih sayang dan keperluan mereka. Agama tanpa kasih sayang memang tiada ertinya. Salah satu drpd nilai kasih sayang yg kami terapkan kpd anak2 adalah saya dan suami menjaga dan merawat arwah ibu saya dengan cukup baik hingga ke akhir hayatnya. Anak2 melihat bagaimana ibubapa mereka memberi kasih sayang kepada nenek mereka. Inilah satu contoh yg kami terapkan kpd anak2 kami.
bersama arwah ibu tercinta di saat2 akhir hayatnya...
walaupun sudah hampir 25 tahun kakak iparku ini berpisah dgn abang saya, ikatan kasih sayang antara kami masih kukuh dan kami saling kunjung mengunjung
Kami juga mempunyai seorang anak angkat. Kami ingin mengajar anak2 kami bahawa kasih sayang harus dikongsi. Anak angkat kami berasal dari Jambi. Ya, memang sangat jauh. Kami ingin anak2 kami harus belajar menerima sesiapa sahaja tanpa mengira asal usul dan latarbelakang utk disayangi. Kami mahu mereka menjauhkan sifat mementingkan diri sendiri, bakhil, kedekut dan berkira. Mereka harus belajar memberi dan berkongsi. Ini bukanlah kesempurnaan dalam keluarga kami tetapi ia adalah pendidikan jiwa dan rohani yg berterusan. Amalan berkasih sayang inilah yg sebenarnya membuat perkahwinan kami bahagia. Perkahwinan yg bahagia bukanlah hanya antara suami dan isteri sahaja. Ia adalah kebahagiaan seluruh institiusi sesebuah keluarga..
anak sulong saya Zafrul dan anak angkat saya Afdhal... brotherly moment
Afdhal bersama anak kedua saya Nadia...siblings moment
bersama cucu tiri kami yg kami kasihi umpama cucu kami sendiri
kami suka melibatkan diri dalam NGO..di sini saya bersama anak Islam kaum etnik Semai yg serba kekurangan..di sini juga kami lebarkan kasih sayang kami kpd kaum muslim di kawasan pedalaman dgn membantu mereka dalam berbagai aspek
4 orang cucu2 kesayangan kami
Kini saya bersyukur kepada Allah kerana selama 35 tahun kami berkahwin, kami telah dianugerahkan anak2 dan cucu2 yg penyayang, kehidupan yg bahagia, tubuh badan yang sihat dan kasih sayang yg melimpah ruah buat diri masing2 dan juga buat orang2 yg kami sayangi juga orang2 lain yang memerlukan. Jangan bakhil memberi kasih sayang, kerana bila kita mudah memberi kasih sayang, kita akan perolehi berganda2 kasih sayang daripada Allah SWT.
The secret to our 35 years of happiness in marriage is...
LOVE
0 SAY SOMETHING ← Newer Post
Older Post →
|