Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

rebah di bulan ramadhan...




Assalamualaikum wrbt semua...
Salam Ramadhan....

          Kini ia datang lagi. Bila ia datang, saya akan sentiasa teringat2 saat berbuka puasa di kampung saya Kampung Huma Luas, Kerdau, Temerloh dalam tahun 60'an dulu. Kami akan ke sana setiap musim cuti sekolah. Kami semua kecik2 masa tu, melepek kepenatan. Dah lah letrik tak ada zaman tu, panas bukan main lagi. Paip air pun tak ada. Pakai hangkut air perigi yg terletak di kaki bukit aje. No kipas, No lampu. No air. Yang seksanya kakak2 dan abang2 ku. Dia orang lah yg memegang portfolio menghidupkan lampu spirit dan mengangkut air perigi setiap hari. Bila time memasak utk berbuka, mak mesti masak pengat ke, kuih ke..pastu tukar2 dengan Tok Cik atau Kak Bada sedara kami yg tinggal sebelah rumah. Nikmat sangat berbuka di kampung walaupun menunya simple sahaja.

pengat pisang yg murah tapi enak buat berbuka puasa

          Hati saya sangat pilu bila teringat akan sebuah keluarga sedara kami juga yg turut tinggal di kampung kami. Abang Malek mempunyai berbelas orang anak. Dia bekerja sebagai tukang kebun sekolah rendah. Hidupnya sekeluarga amatlah susah. Masa itu saya belum matang utk memikirkan apakah yang di makan oleh keluarga mereka bila berbuka? Kerana apa yang saya masih ingat ialah, pada hari2 biasa mereka anak beranak selalu makan nasi berlaukkan kicap sahaja. Apa tah lagi pakaian baru dan persiapan lain untuk hari raya. Zaman 60'an masih tidak ada bantuan itu ini dari kerajaan. Namun sekarang, atas segala penderitaan hidup mereka, anak2nya majoritinya berjaya dalam pelajaran dan kini berkedudukan sangat tinggi dan kaya raya. Allah maha adil.

beginilah keadaan keluarga miskin berbuka puasa

          Bila teringatkan zaman susah tahun 60'an itu, saya berasa takut melihat persiapan Ramadhan dan Hari Raya umat2 Islam masa kini. Kita pernah seketika marah dan mengamuk bila GST diperkenalkan. Masing2 kononnya tak mau makan di restoran atau beli baju mahal2 atau kempen berjimat cermat. Bullshit lah! Semua itu ibarat hangat2 tahi ayam. Bising dan complain tu sekejap aje. Sekarang GST entah kemana, marah entah kemana...lupa entah kemana. Belum lagi ramadhan bertandang masing2 dah mengira nak beli baju silk lah, jubah modern lah, tudung dan shawl yg berbagai jenama, rupa dan harga. Semua ini sudah tidak menjadi masaalah lagi. Umat sudah lupa..Mereka lupa objektif sebenar Ramadhan dan Hari Raya. Mereka mudah rebah dengan material duniawi.

            5 tahun yg lalu, saya berinteraksi dengan anak angkat saya yang tinggal di Jambi, Indonesia. Saya bertanya kepadanya tentang persiapan rayanya. Saya bertanya sudahkah dia membeli baju raya? Dia menjawab,
" Mama, saya sudah bertahun tak beli baju raya. Kenapa harus saya beli baju baru sedangkan saya masih ada baju  yang masih elok. Yang penting ianya elok, suci dan bersih."
Terkedu saya mendengar jawapannya. Jawapan daripada seorang yang berlatarbelakang hidup yang susah. Saya pilu mendengar jawapannya. Sungguh menginsafkan.

beginilah kehidupan orang yg tak punya apa2  yg selalu kita lupa

            Sejak saat itu, saya sudah 5 tahun tidak membeli baju khas utk hari raya. Saya tau saya ada baju yang saya hanya pakai sekali dua sahaja. Baju itu masih bau kedai kain..fresh! Itulah baju raya saya. Tahun ini pun kami suami isteri dan anak bongsu tak membeli satu pun pakaian baru khas untuk hari raya. Kami akan pakai baju yg kami tempah dan pakai semasa perkahwinan anak saya bulan Mac yg lalu.

            Begitu juga masa ramadhan. Saya masak seperti saya masak hari2 biasa. Hanya tambah sedikit kuih itu sahaja. Kenapa kita mesti masak dan makan berbagai juadah seolah2 10 tahun tak dapat makanan? Juadah banyak menggila, tapi tekak dan perut yg menerima makanan tetap saiz yang sama. Kita harus kikiskan mind set kita yg apabila puasa mesti berbuka dengan berbagai jenis makanan. Bersabar dan bermuhasabah dirilah dalam menghadapi ramadhan dan hari raya. Begitu dahsyatnya nafsu manusia yg didorong oleh syaitan.

juadah yang dijual di pasar ramadhan

berbuka puasa mengikut nafsu syaitan sungguh tidak boleh diterima

kita lupa ada yg hidup begini

          Namun, saya tak nafikan bahawa saya sangat utamakan keluarga dan tetamu saya dihidangkan dan dijamukan semampu saya dengan makanan yang mengenyangkan ketika hari raya. Menu makanannya tak perlu mewah tapi mengenyangkan. Keluarga dan tetamu saya harus dilayan makan minum mereka dengan sempurna kerana hari raya adalah hari kita meraikan 'kemenangan'.


Ingatlah, 
Ramadhan adalah bulan kita mengaut keuntungan pahala berganda dalam beribadah
Hari Raya pula adalah hari meraikan 'kemenangan' secara sederhana tapi meriah

Jangan lupa
Pada yg tak punya apa2
Dan jangan izinkan syaitan
menggunakan bulan Ramadhan
Untuk merebah dan mengalahkan hati kita
           
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post