Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

the power of giving




Assalamualaikum wbrt semua
Ingatlah, rezeki kamu hari ini walaupun sebutir kurma utk dimakan, ianya tetap rezeki.
Bersyukurlah..


     A.     Masa saya mula2 bekerja sebagai guru pada tahun 1980, gaji saya adalah RM295.
     B.     Masa saya mula2 bekerja sebagai guru pada tahun 1980, gaji saya hanyalah RM295.

Cuba lihat dua ayat ini. Apa perbezaannya?
Ayat A adalah bagi orang yg bersyukur atas rezeki Allah walaupun sedikit.
Ayat B adalah bagi orang yg tidak bersyukur dan sentiasa tidak cukup dengan rezeki yang ada.

     Ya, memang benar 1980 harga barang tidak sama dengan harga sekarang. Sejak mula kerja saya amalkan prinsip hidup ini ia itu "sedarlah diri...kadarlah diri...ukurlah baju di badan sendiri". Kalau kita sama2 amalkan prinsip ini, pasti kita dapat menabung malah boleh bersedekah lagi.

 Cerita 1:
       Saya nak cakap tentang rezeki ini berdasarkan apa yg berlaku di sekeliling saya. Bila bercakap tentang rezeki, saya mementingkan cara rezeki itu diperolehi. Seboleh2 dan seterdaya saya, saya pastikan ianya halal. Pening juga kepala, senak juga hati ini bila melihat beberapa orang kenalan beratur membeli 'nombor ekor' di kedai2 perjudian di Bentong ni. Ada yg menang beratus ribu RM, tapi bila sakit nak operate dengan segera, tak cukup duit. Mana perginya wang hasil kemenangan perjudiannya itu?

Cerita 2:
        Ini satu lagi kisah. Jangan iri hati dengan rezeki orang. Masa bertugas di sebuah sekolah dulu, sekumpulan guru bahasa Inggeris diberi sedikit insentif bulanan dalam bentuk wang oleh kerajaan. Ada sahaja suara2 yang marah2 dan iri hati. Guru2 Bahasa Inggeris  ada yg menangis tidak tahan dicela. Kenapalah manusia dengki sangat dengan rezeki orang lain? Kenapalah tak irihati kerana orang tu punyai anak2 yang soleh? Irihati kerana orang tu sentiasa sihat? Irihati kerana orang tu beriman?

Cerita 3:
        Ketika kita susah, ada ahli keluarga yg tidak simpati dengan kita sebab ketika itu kita dalam ketegori orang susah atau miskin. Tiada simpati apalagi membantu meringankan beban dengan bersedekah. Hanya sabar sebagai pengubat duka. "Keep calm and be patient" sebagai motivasi diri. Simpati itu sedekah tapi malangnya mereka tak amalkan.

       Ketiga2 cerita di atas adalah beberapa contoh yg benar2 berlaku. Dari 3 contoh cerita ini, apa yg boleh kita rumuskan adalah  manusia memandang REZEKI itu hanyalah wang dan material. Sungguh sempit mentality manusia sebegini. Memang kita tidak nafikan, wang memang boleh membantu kita utk kesenangan dunia. Kalau selama ini kita meletakkan wang sebagai rezeki utama, nyahkan pemikiran itu. Saya selalu ingatkan diri saya, wang tidak mampu membeli kesihatan, kasih sayang dan kebahagiaan.

       Selain dari wang dan material, rezeki bagi saya adalah anugerah Allah kepada kita ia itu :

  • tubuh badan yang sihat
  • otak yang cergas
  • disayangi orang
  • dihormati dan disegani orang
  • anak isteri dan suami yg soleh dan solehah
  • dikuatkan iman dan taqwa
      Jangan sama sekali mengeluh dengan kekurangan harta dunia. Jika kamu ada banyak wang bersedekahlah. Carilah individu2 atau kumpulan2 insan yg memerlukan. Kalau kamu bersedekah, jangan bersedekah dan memberi kerana inginkan populariti, inginkan nama terkenal dan disebut orang, inginkan pujian  dan penghargaan manusia...akhirnya semua ini menjadikan kita sombong, angkuh dan riaq'. 
    
       Kalau kita tak ada wang, sedekahlah kasih sayang terutama ibu bapa dan keluarga. Jangan derhaka dan abaikan ibu bapa kita. Berilah perhatian, simpati, empati,bantuan emosi dan motivasi kepada yg memerlukan. Bantu permudahkan urusan orang lain yg dalam kesusahan dan berbagai2 lagi.  Sedekah dalam bentuk hati dan perasaan ini.. sangat mahal harganya...tak ternilai. Bila bersedekah kamu akan lihat rezeki yg datang pada kamu bak ombak laut yg menghempas pantai...ianya datang tanpa henti.

Saya pernah susah,
Saya tau rasa sakitnya susah..
Maka saya bersedekah...
Yakin rezekiku pasti berziarah...

Saya tidak inginkan ganjaran manusia
Yg hanya banyak berpura2
Yg saya impikan 
Hanyalah ganjaran Allah
pemberi balasan...

           Alhamdulillah atas segala anugerah rezeki yg diberikan kepadaku. Amalkan prinsip ini...Allah hantarkan insan yg susah kepadaku...aku bantu...kemudian Allah hantarkan ganjaran rezeki kpd ku...dengan rezeki itu aku bantu lagi...datang rezeki lagi....aku bantu lagi...datang rezeki lagi... dan lagi dan lagi ...dan begitulah seterusnya. Bersedekahlah bak air sungai yg mengalir maka rezeki akan datang kepadamu melimpah ruah bak air laut yg tak pernah kering. Kamu beri satu...sepuluh akan datang kepadamu.
     
            Give...You will feel and get the impact of the power of giving
            The impact is the RIZQI you get from Allah...
.
             Believe me..I've been through all these...the good, the bad and the ugly..and I'm sharing it with you...
       


     
1 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post