Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

terima kasih Cikgu...



Assalamualaikum wrbt guru2, ibubapa dan anak2 semua...
 Peace be upon you...

 


          16 Mei adalah tarikh sambutan Hari Guru seluruh Malaysia. Masa ni siaplah mak bapak kena 'dera' dengan anak2..disuruhnya beli hadiah utk guru2 kesayangan mereka. Anak2 kecil ni selalunya sayang sangat kat guru mereka walaupun guru tu pernah denda, rotan atau  piat telinga mereka kerana nakal, malas dan degil. Masa saya bertugas sebagai GPK HEM(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) di sebuah sekolah dulu, saya selalu di arah oleh Guru Besar merotan murid yg melanggar disiplin. Saya merotan lagi kuat dan pedih daripada Guru Besar. Tapi bila Hari Guru sayalah yang paling banyak dapat hadiah termasuk daripada murid2 yang selalu kena lesang rotan dengan saya. Pernah saya mendapat hadiah hari guru... penuh 3 beg hitam plastik sampah yg besar tu...hehe
 

           Semasa saya bersekolah dulu, ada ramai guru yg saya sayangi dan hargai. Namun sepanjang hidup saya, ada  guru yg sangat special yg saya sangat sayangi, hargai dan ingati sampai ke akhir hayat saya. Dia bukan hanya mengajar saya ilmu akademik tapi turut mendidik saya banyak perkara2 yang berunsur kemanusiaan, spiritual,kejiwaan dan kemahiran. Guru saya ini banyak memberi saya ilmu general knowledge selain daripada menekankan kepentingan kecemerlangan akademik. Dia suka bercerita tentang hal berbagai negara di dunia kemudiannya dia akan bertanya soalan2 untuk menguji kefahaman saya. Semasa saya sekolah rendah, saya sudah hafal nama2 hampir semua ibu negara di dunia dan nama2 Prime Minister dan Presidentnya sekali. Ini semua adalah hasil didikan guru saya itu. Hebat kan....
       
           Guru saya inilah aspirasi  dan inspirasi saya. Dia seorang yg sangat knowledgeable. Dia sangat minat membaca buku sehinggakan saya mengikut jejaknya gemar membaca buku. Kini saya mempunyai sebuah library yg dipenuhi buku di rumah saya. Saya sangat berterima kasih kpd guru saya ini yang telah membuka minda saya tentang pentingnya menjadi pembaca yg berilmu.


inilah library rumah saya yg di inspirasikn oleh guru saya
"A Room Without Books is Like a Body Without Soul"

            Guru saya ini juga mendidik saya berbahagi dan berkongsi dengan orang lain. Kalau ada sebijik apple, apple itu hendaklah dipotong kecil2 supaya sama dapat sama rasa. Permainan, buku2 atau apa sahaja... saya dididik berkongsi supaya saya tidak tamak dan tidak mementingkan diri sendiri, malah harus menghargai dan mensyukuri rezeki walaupun sedikit. Dia juga mendidik saya supaya setiap waktu makan mestilah sentiasa duduk dengan tertib dan mesti makan bersama2 ibu bapa dan adik beradik. Begitu juga waktu solat terutama waktu maghrib kerana waktu2 ini adalah waktu kebersamaan dengan keluarga yang sangat berharga.

         
didikan kejiwaan yg diajar oleh guru saya adalah tidak mementingkan diri sendiri dan salah satunya saya cuba membantu saudara2 islam yg miskin di kawasan pedalaman

              Dalam kelembutannya... dia tetap tegas dalam mendisiplinkan diri saya. Saya dididik membahagi masa belajar dan bermain dengan bijak. Katanya..ilmu harus digapai ketika zaman persekolahan dan ketika usia masih muda dan tubuh dan otak masih sihat dan cergas.
"There is a time to play and a time to study. 
Study is serious business but  play as much as you like." 

          Saya juga dididik berkawan, bersilaturrahim dan beriadah dengan kawan2 saya yg terdiri daripada berbagai bangsa..ada Melayu, Cina, India, Nepal, Eurasian dan berbagai bangsa lagi. Saya berkawan dgn setiap bangsa ini tanpa prejudis. Guru saya mengindoktrinasikan pemikiran saya secara positif bahawa...
"Racism adalah sesuatu yang keji dan dilarang sama sekali kerana semua manusia adalah sama di sisi Allah. Allah mengajar kita berbaik2 sesama manusia."

jangan jadikan perbezaan warna kulit, bangsa dan agama sebagai pemisah antara kita sesama manusia

           Guru saya juga mempunyai rumah yg sentiasa kemas dan bersih. Saya terdidik dengan cara dia menguruskan  rumah tangga. Guru saya sentiasa mengingatkan saya bahawa,
"Pikatlah hati suami dan anak2 dengan rumahtangga yg sentiasa ceria, kemas dan bersih 
dan 
Ikatlah selera suami dan anak2 dengan masakan yg enak, sihat dan bersih"

            Yang paling best, guru  saya juga seorang yg expert di dapur. Dia sangat pandai memasak dan dia selalu ajar saya memasak berbagai menu dan resepi. Guru saya selalu berpesan bahawa semua lelaki dan perempuan harus belajar ke dapur sejak di usia kecil lagi. Saya mula memasak seorang diri utk keluarga ketika umur saya 15 tahun. Saya rasa sangat bangga dengan kemampuan saya. Guru saya pernah berkata,
               "Seorang isteri kalau tak pandai dan malas ke  dapur, nanti suaminya akan pakaikan topi besi ke atas kepala isterinya" 


                Rupa2nya topi besi itu beerti periuk besi utk memasak...hehe.. Saya percaya ckp guru saya...saya takut kena pakai 'topi besi' maka saya rajinlah ke dapur. Hingga kini saya sudah jadikan memasak sebagai passion yg sebati dengan jiwa saya. Saya rasa diri saya sangat beruntung kerana dapat mempelajari satu skill yg hebat daripada guru saya ia itu skill memasak.

buku masakan untuk keluarga yang saya tulis dengan tulisan tangan

            Kini bila saya buat post mortem diri, saya rasa sangat berterima kasih yang tidak terhingga dan tidak terbalas budi kepada guru saya ini yg telah mendidik saya dengan cukup baik. Saya bangga dan berpuashati dengan hasil didikannya kepada diri saya. Guru ini adalah insan2 yang sangat hebat buat diri saya. Guru saya yg hebat ini terdiri daripada 2 orang. Tiada guru lain di dunia ini dapat menandingi kehebatan guru2 saya ini.


SELAMAT HARI GURU
buat  arwah Apak dan Emak saya yg tercinta
You're the best teachers and educators in the world and you made who I am today....
Terima kasih penuh kasih sayang daripada anakmu ini...

Al Fatihah...semoga roh kedua ibu bapaku  yg juga merupakan guru2ku yang terbaik...dirahmati Allah dan diampunkan segala dosa mereka...
Aamiin....


         

       
Wahai  ibu bapa semua...
ingatlah...
anak2 kamu belajar dengan melihat siapa dan apa diri kamu 
bukan apa yg kamu ajar...
       

       


   




   
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post