Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Pengorbanan seorang anak



Assalamualaikum wrbt.semua..
Peace be upon you...

      
          Hari ni tak payahlah saya nak berceramah tentang pengorbanan ibu kepada anaknya. Kerana pengorbanan seorang ibu itu tiada yg setara dengannya. Pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya.. Saya sekarang nak bercakap tentang pengorbanan seorang anak kepada ibunya. Yang pasti, seorang ibu tidak akan mengungkit pengorbanannya kpd anak2nya.

    Hari ni tanya diri kamu.

"Apakah pengorbananku kepada ibuku? "

          Seorang anak yang sanggup berkorban utk ibunya adalah seorang anak yg tulen. Di sini ingin saya kisahkan sebuah cerita benar utk kita kongsi bersama. Ini bukan cerita zaman dulu kala. Ini terjadi di zaman sekarang.

          Puan Jun(bukan nama sebenar) mempunyai 5 orang anak. Dia juga mempunyai seorang anak angkat yang sangat dia kasihi. Kasih kepada anak2nya tidak dibezakan. Sebagai seorang ibu, pengorbanannya kepada anak2nya tidak perlu diungkap lagi. Selain kasih sayang, masa, harta dan wang ringgit diberi tanpa banyak soal. Anak2nya sangat kasih dan menghormati dia. Anak2nya memberi perhatian yg cukup kepada ibu mereka. Anak2 juga sanggup bergilir2 menjaga ibu mereka ketika dia sakit. Anak2 juga meluangkan banyak waktu bersama ibu mereka. Bagi Pn Jun semua itu sudah cukup.

          Malangnya, seorang daripada anaknya Alif(bukan nama sebenar) tidak menghargai pengorbanan ibunya selama ini. Alif tunduk dan buta dengan cinta seorang perempuan bernama Raina(bukan nama sebenar) yang baru dikenalinya. Alangkah sedihnya...ibu yang Alif kenali begitu lama diganti kasihnya dengan Raina yg baru muncul dalam hidupnya. Hati Pn Jun jadi sangat terluka apabila kekasih Alif mengeluarkan kata2 yg kasar dan biadap kepadanya. Yg lebih mendukakan,Alif sangat mempertahankan Raina dan banyak menyalahkan ibunya. Puas sudah ibunya menasihati anaknya itu tetapi Alif tetap dengan pendiriannya.

          Yang paling mendukakan Pn Jun adalah Alif memilih utk bercerai kasih dengan nya dan memilih Raina sebagai ganti. Sehingga cerita ini ditulis, situasi mereka ini masih tergantung di awang2an. Lagi menyedihkan Alif pernah berkata kepada ibunya yg membuat kelukaan di hati ibunya bertambah parah. Alif berkata,
     "Kalau saya tak boleh bahagiakan ibu masa ibu hidup, saya akan bahagiakan ibu bila ibu telah tiada nanti." Astaghfirullahalazim...kata2 apakah ini? Alif seolah2 mendoakan pula supaya ibunya cepat mati. Inikah pengorbanan seorang anak kepada ibunya?

          Malang sungguh bagi manusia seperti Alif. Sesungguhnya dia manusia yg dalam kerugian. Dia tidak sedar yang selama ini kasih ibu itu tidak berbelah bagi...it's unconditional love.Tidak kah dia tahu bahawa seorang ibu itu mengetahui apa yg terbaik buat anaknya? Namun Alif memilih jalan perpisahan dengan ibu yang sangat mengasihinya. Ini bukan pengorbanan tapi mengorbankan...mengorbankan kasih ibu.

          Kepada anak2 muda pembaca setia...berdoalah untuk kebaikkan ibu bapa kamu dan doakanlah semoga kamu tidak tersesat hingga tidak dapat membezakan yang mana berlian yg mana kaca....

Terkini...15 August 2015

          Alif benar2 telah meninggalkan ibunya yg tersayang demi seorang perempuan. Kata Pn Jun..
"Andailah perempuan itu sejak mula sangat menghormati saya sebagai ibu Alif, pasti perpisahan yang mendukakan  ini tidak akan terjadi. Kini saya sebagai ibu Alif mendoakan semoga Alif bahagia dengan pilihannya."

           Sebagai seorang ibu yg sangat mengasihi anak2, saya berkongsi duka yg amat dalam dengan Pn Jun. Harapan saya semoga Allah memberi kesabaran kepada Pn Jun dan semoga Pn Jun bahagia juga dengan kehidupannya.

 "Allah sahajalah tempatmu mengadu wahai sang ibu, manusia hanya wujud untuk menyakitkan. Allah maha mengasihani. Allah maha penyayang"



       
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post