Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Sup Batu...eh?



Assalamualaikum wrbt semua
Peace be upon you

Khas buat mama2,akak2 dan adik2 yg rajin kat dapur...
Mohon baca hingga habis...cerita yg hendak saya kongsikan ini boleh menjadikan kita manusia yg lebih bersyukur kpd nikmat yg  diberikan Allah SWT kpd kita...In Sya Allah...

Pernah dengar tak kisah The Stone Soup(Sup Batu)? Meh saya ceritakan...


          Satu hari ada seorang pengembara yg sedang sangat penat dan kelaparan. Dia sudah mengembara terlalu jauh tanpa sebarang makanan. Dari jauh dia ternampak sebuah pondok buruk. Kerana terlalu penat dia ingin berehat dan meminta sedikit makanan utk mengisi perutnya yg sangat lapar.
          Setelah mengetuk pintu pondok itu beberapa kali, seorang lelaki tua membuka pintu . Di atas rasa belas kasihan, orang tua itu menjemput pengembara itu masuk ke pondoknya. Orang tua itu memohon maaf kerana dia tidak dapat memberi makanan kpd pengembara itu. Dia sendiri pun tiada sedikit pun makanan untuk dimakan pada malam itu.

          Pengembara itu berkata, memadailah kalau orang tua itu merebus air untuknya buat mengisi perutnya yg lapar. Orang tua itu pun mengambil sebiji periuk dan merebus air. Tiba2 pengembara itu membuka beg kembaranya. Dia mengeluarkan sebiji batu dan menyuruh orang tua itu membersihkan batu itu dan masukkan ke dalam air rebusan itu.
          " Rebuslah batu ini. Setiap kejadian Allah itu ada nikmatnya walaupun ianya manis, masam, pahit atau tiada apa2 rasa. Batu ini akan mengenakkan rasa air rebusan itu."
           Walaupun orang tua itu berasa hairan, dia tetap memasukkan batu itu ke dalam air rebusan itu. Kemudian pengembara itu berkata lagi,
          "Apa yg ada lagi di dapur mu wahai orang tua?"
          "Hanya ada sebijik kentang yg sudah layu, sebatang carrot yg separuh sudah membusuk, sebijik bawang, sekeping roti yg keras dan kering dan sedikit garam. Itu sahaja." kata orang tua itu.
Pengembara dan orang tua  itu membersihkan dan memotong bahagian yg masih elok kentang, carrot serta bawang. Roti kering tadi disiat2 dan semua bahan2 td dimasukkan ke dalam air rebusan tadi. Akhir sekali mereka masukkan garam.
       
          Setelah sejam berlalu, sup mereka pun masak. Sungguh mereka tidak sangka bahawa sebiji batu boleh menghasilkan sup yg sangat enak dan dapat mengisi perut mereka yg sangat lapar pada malam itu.


Moral of the story:
1. Jangan cepat putus asa
2. Sesuatu yg baik itu boleh terhasil daripada sebuah perkongsian dan kerjasama
3. Bersyukurlah dgn nikmat yg Allah berikan dan jangan bersikap sombong dgn rezeki


          Sejak seminggu yg lalu, saya berhajat nak ke pasar segar dekat rumah saya tu, nak beli sikit lauk dan sayur. Tapi sehingga hari ini, saya tak pergi pun sebab saya menggunakan konsep Stone Soup. Hari ini barulah kosong fridge dan pantry saya. Saya sudah menyelamatkan pebelanjaan pasar saya untuk 5 hari. Kalaulah saya pergi pasar seminggu yang lalu, pasti sekurang2nya RM100 melayang. Konsep Stone Soup bukan beerti kita masak sup setiap hari. Tetapi kebijaksanaan kita mengolah resepi masakan dengan apa yg kita ada. Ini bukan makanan orang miskin tapi inilah makanan orang yg bersyukur.

          Kepada para isteri, saya berpesan. Dalam ekonomi negara kita yg sedang merudum ini, beringat2lah. Jangan 'jede' dengan makanan. "Jede" tu cakap loghat Pahang. Ertinya, membazir dan tak kreatif mengolah lebihan sayur dan makanan. So, hari ni saya terjumpa di dapur saya sebijik kentang, setengah carrot, sebijik bawang besar, sebijik telur dan sejemput bilis. Yummy!....pandailah saya nak mengolah mende ni...hehe

           Happy cooking my dears!....
Selamat menyelamatkan ekonomi rumahtangga kita ya....


       
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post