Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

sahabat setia kami


Assalamualaikum wrbt
Peace be upon you

Hari ni kita cerita lain dari yg lain sikit..asyik2 tulis kisah sedih pilu aje. Saya nak kongsi pulak cerita benar ala2 seram tak seram ni dengan anda semua.

          Salam relax yg tak relax dari saya yg sudah 2 tahun lebih menikmati dunia persaraan(pencen) daripada tugas akhir saya sebagai Guru Besar. Bila dah pencen ni saya secara automatik dpt jawatan baru ia itu Pengurus Besar Rumahtangga...hehe. Rupa2nya tugas PBR ni lebih dahsyat penatnya drpd tugas guru besar. But it's ok. Rasanya pahala lebih besar kot...hehe

           Pagi2 aje rumah saya memang sangat sunyi. Berada pula dalam kawasan perumahan yg sunyi sepi...bukan tanah perkuburan ya..tapi waktu pagi semua org keluar bekerja dan bersekolah. Rutin kerja saya adalah mcm PBR lain ia itu awal pagi cuci kain baju, sapu rumah, jemur kain, siap2 bahan nak masak, siram pokok bunga dan lain2 yang leceh2. Dalam kesibukkan yg sepi saya sebenarnya 'ditemani'.... Nak dengar kisahnya? Ok guys...buckle up! Begini kisahnya...
     
            #throwbackalkisah....

          Rumah yg saya sekeluarga duduk sekarang ni asalnya adalah kepunyaan Puan Sara(bukan nama sebenar)dan keluarganya. Mereka adalah sebuah keluarga yg aman bahagia. Puan Sara berwatakkan yg sangat lemah lembut, baik hati dengan keluarga dan jiran tertangga. Malangnya, kebahagian hidup Puan Sara ditimpa kedukaan apabila suaminya ingin berkahwin lain. Perempuan yg gilakan suaminya itu telah menghantar berbagai sihir ke rumah Pn Sara untuk memusnahkannya. Pernah satu ketika, Puan Sara mendapati berbagai serbuk berwarna di dalam pasu2 bunga orkidnya. Satu pagi tu ketika dia membuka pintu rumahnya, terdapat sesuatu di atas lantai simen depan pintu. Ianya seperti muntah kucing tapi tidak berbau. Apabila dibelek2, ianya adalah nasi yg separuh masak...masih basah dengan kanjinya. Astaghfirullahalazim....

         Puan Sara mula jatuh sakit. Tubuh badannya berasa lemah tak bermaya. Doktor mengesahkan bahawa Puan Sara sihat tidak ada masaalah kesihatan. Tapi dia semakin lemah. Akhirnya dia cuba mendapat rawatan secara Islamik dgn seorang tokoh ulama'. Ulama' itu menyatakan Puan Sara disihir dan yg menyihirnya memang bertujuan membuat Puan Sara sakit hingga bertemu ajal. Seram sejuk saya mendengarnya. Ulama' itu mengubati Puan Sara hingga sembuh. Ulama itu memberi 'penolong' untuk membantu melindungi dan menemani Puan Sara.

         Sejak pada itu, rumah Puan Sara sentiasa kedengaran suara  'sesaorang' membaca Al Quran dalam pukul 2 hingga 3 pagi. Kadangkala kedengaran azan di waktu itu. Tetapi suaranya sangat lembut, perlahan dan indah menusuk sanubari.. Suara itu datang drpd salah sebuah bilik tidur di rumah itu. Anak2 saudara Puan Sara yg berkunjung ke rumahnya itu juga selalu terdengar bacaan ayat2 suci itu. Kadangkala 'dia' tolong padamkan kipas di bilik anak2 Puan Sara jika cuaca terlalu sejuk. Syukur, Allah melindungi dan memelihara keluarga Puan Sara dengan cukup baik.

     
           #presentdaysituation...

            Apabila Puan Sara berpindah dan menjual rumah ini kepada kami, 'dia' tinggal menjaga rumah ini. Bila saya sekeluarga masuk ke rumah itu, anak2 saya pula terus dapat mendengar bacaan ayat2 suci itu. Semasa anak bongsu saya kecil, dia bermain air di bath tub di bathroom di tingkat bawah. Saya melarangnya. Rupa2nya dia main pulak air di bath tub di bathroom tingkat atas. Puas kami mencarinya. Tiba2 dia berlari sambil menangis keluar drpd bathroom. Bila ditanya kenapa..dia menunjuk ke bathroom sambil berkata, "Tu...dia marah...orang tu marah..." Memang seram jugak perasaan saya, tapi saya tau 'dia' melarang utk kebaikkan. Kami sekeluarga sedikit pun tidak ada perasaan takut kepada entiti ini.

          Satu ketika itu seorang ahli agama datang ziarah ke rumah saya ini buat pertama kali. Seusai dia duduk sahaja, terus dia memandang sekeliling ruang tamu sambil bertanya "Di rumah ni pernah tak cikgu dengar suara orang mengaji quran?" Tersentak saya mendengar soalan itu. Macam mana dia tau ya? Memandangkan yg bertanya itu adalah seorang ahli agama, saya memahami yang dia lebih tau tentang hal ini.

          Semasa arwah emak saya tinggal dengan saya dia selalu berkata,"Malam tadi mak tak boleh lelap mata, sedap sangat dengar orang baca Al Quran kat bilik atas tu." Saya hanya tersenyum. Bunyi tapak kaki 'dia' berjalan dari bilik ke bilik di tingkat atas dan juga menuruni tangga itu sudah menjadi halwa telinga kami. Maklumlah rumah saya ni lantai dan tangga semuanya kayu jadi jelas sangat kedengaran.
         
          So sekarang, saya taklah rasa sunyi sangat sebab ada sesekali bunyi 'dia' berjalan dari bilik ke bilik dan juga turun tangga. Satu peristiwa yg paling saya tak boleh lupakan adalah ketika saya mengemas bilik anak saya yg ada connecting door dengan bilik master bedroom. Bila saya buka saja pintu, 'dia' juga nak masuk ke bilik anak saya. Menjerit saya sebab sekilas entiti itu bertembung dengan saya di connecting door itu. Pertembungan sesaat itu terasa berat.  Entiti itu berbentuk 'silhouette'..bayang2.

          Kini sudah 21 tahun saya dan keluarga mendiami rumah ini. Kami happy....


Al- Fatihah

 Buat arwah kakak saya yang dikasihi
Fatimah Izan@Puan Sara(tuan punya asal rumah saya ini) 
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkn bersama yg beriman.. 
Aamiin...

       


       
          
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post