The owner
![]()
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits ![]() Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E. |
Move out! Assalamualaikum wrbt all Peace be upon you.. Coretan ini khas buat anak2 muda yg bakal berkahwin, baru berkahwin dan juga buat ibubapa kpd pengantin2 muda ini ... Suatu petang minggu lepas, sedang saya duduk minum teh di pondok rehat rumah saya, saya terlihat sepasang suami isteri muda yg comel berjalan berpegangan tangan sambil gelak2 kecil. Dalam beberapa minit kemudian, mereka terus memasukki pagar rumah mereka. Pasangan ini kelihatan sangat menghargai waktu 'privacy' mereka yg cuma sedetik waktu itu sahaja. Mereka adalah pasangan suami isteri yg tinggal bersama keluarga besar mereka. Apa yg saya nak coretkan bukanlah tentang kemesraan mereka atau kecomelan mereka. Tapi ada perkara yg saya rasa lebih besar terselindung di sebalik kehidupan pengantin2 muda yg masih tinggal bersama keluarga mereka. Saya bukanlah ustazah atau pendakwah yg bijak berhujah tentang nikah kahwin. Saya cuma hidup lebih lama sedikit drpd kamu anak2 muda. Jadi apa yg saya nak coretkan adalah berdasarkan drpd pengalaman dan logik. Tidak ada istilah 'betul' atau 'salah' dalam isu ini. Hanya sekadar panduan dan renungan. Kalau baik pandangan saya ini, ambil lah...kalau tak suka,.. tak payah lah.... Apabila pasangan muda ini sudah menikah, cubalah belajar hidup sendiri. Memang bagus kalau duduk dengan ibu bapa. Wang sewa rumah boleh jimat, makan minum boleh jimat, kemesraan dgn ahli keluarga meningkat kerana semua itu ada nilai kebaikkannya. Memang tak dinafikan juga ada yg seronok tinggal dgn ibu bapa, tapi berapa lama? Malangnya mereka hilang satu nilai yg patut mereka pelajari dan alami sebagai pengantin muda. Mereka hilang 'privacy' yg boleh mengajar mereka berdikari(mandiri) dalam kehidupan berumahtangga. Saya menekankan kepada pengantin perempuan yg tinggal bersama keluarga suaminya yg dipenuhi ipar lelaki yg menghadkan pendedahan auratnya. Si suami juga harus mengambil berat tentang keselesaan atau comfort si isteri. Tetapi kalau hanya ayah atau ibu sahaja yg tinggal di rumah itu, ianya tak menjadi masaalah. Anak2 saya yg sudah berkahwin, mereka semua hidup sendiri. Inilah masanya mereka belajar memahami satu sama lain tanpa ada mata2 lain yg memerhati, tanpa ada suara2 lain yg menegur, tanpa ada 'busy body' yg turut masuk campur. Mereka akan belajar 'give and take' melalui pertengkaran, ketidaksefahaman dan kesedihan. Melalui pengalaman ini akan timbul lah sefahaman, tolak ansur, kasih sayang dan kebahagiaan yang berpanjangan. Saya tak mengatakan hidup berdikari itu menjamin kebahagiaan mereka. Tapi hidup berdikarilah merupakan guru terbaik bagi mendidik pengantin baru ini. Yg membuat saya kadangkala kesian melihat pasangan pengantin muda yg tinggal dgn keluarga ni adalah keselesaan mereka. Pengantin perempuan tak dpt nak relax drpd menjaga auratnya. Sentiasa berselubung(hijab) apabila ipar duai lelaki sentiasa ramai di rumah. Nak memasak di dapur pun nak bertudung, berstokin(kaus/socks). Nak menyapu laman rumah pun begitu juga..berselubung berstokin. Nak bergurau senda dgn suami pun kena jaga2..segan kat adik ipar, segan kat mertua. Memanglah kena jaga tingkahlaku dan aurat. Tapi kesian...kalau mereka di rumah sendiri, mereka lebih relax dan nyaman sebab yg ada hanya suami yg halal baginya. Kalau kamu nak tau, suami suka lihat rambut isterinya ketika isterinya memasak...lihat kaki isterinya ketika isterinya menyapu rumah. Privacy inilah yg membina perhatian dan kemesraan tanpa batas. Ini adalah reality. Kadangkala, mertua asyik nak makan menu masakan kampung dan kuih muih melayu lama aje. Hampair setiap hari makan patin tempoyak aje, sedangkan menantu perempuan penggemar makanan western dan dessert moden yg manis2. Mulalah serba salah. Sesekali nak romantic makan berdua pun tak selesa dibuatnya. Kalau duduk sendiri, isteri akan usaha belajar memasak masakan kegemaran suaminya dan juga belajar memasak resepi2 baru. Dengan ini mereka jadi isteri yg pandai menjaga selera makan suaminya. Satu lagi..kesian kpd family menantu ini..sudah pasti ibu bapa dan keluarganya tidak selesa utk ziarah mereka kerana mereka tinggal di rumah mertua. Janganlah terlalu memikirkan keuntungan jimat duit sewa rumah dan makan minum. Fikirkan keuntungan daripada saham 'privacy' yg dilaburkan. Privacy mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri serta mendidik meraka membina keluarga walaupun berbagai rintangan yg harus mereka lalui. Rintangan dan kesusahan itulah yg menjadikan mereka pasangan yg 'independant' dan 'strong mentally and spritually'. Peranan ibu bapa dalam menentukan apa harus anak2 mereka buat setelah berkahwin, tinggal sekadar nasihat sahaja. Ibu bapa tidak boleh jadi guru yg menentukan itu ini untuk anak mereka lagi. Suruhlah mereka keluar dan kenali dunia berumahtangga. Biar mereka belajar. So, apa lagi? MOVE OUT! Berilah hadiah perkahwinan terbaik buat diri kamu sebagai pengantin baru. Hadiah itu adalah PRIVACY. Dan jangan lupa privacy ini merupakan kunci kepada kehidupan rumahtangga kamu. Kunci yg akan membuka semua pintu classrooms utk kamu masuk dan belajar segala subjek seperti Persefahaman, Hormat menghormati, Kasih sayang, Bertolak ansur dan berbagai subjek lain termasuk subjek Masak memasak..hehe Yg baru kahwin...jangan gaduh2 ya...banyakkan bermanja2....good luck guys! 1 SAY SOMETHING ← Newer Post
Older Post →
|