Ibu Bersayap Cinta


ENTRIES ABOUT FACEBOOK FOLLOW DASHBOARD PHOTOS
The owner


Template by Arysha Hafrina .
Basecode by Atin Tory .
Thanks too by L O V E.

Jauh bukan berpisah...

Assalamualaikum wrbt ...
Kpd pengantin2 muda..harap bertabah ya...

          Sedih kerana berpisah jauh dari orang tersayang?
Saya ingin berkongsi perasaan saya dgn anda yg sedang duka terpisah jauh dr yg tersayang. Saya sudah berkahwin selama 36 tahun. Berkahwin bukan beerti tidak berpisah.
       
1.      Saya bernikah dgn suami saya pd 29 August 1980. Ketika itu saya tinggal bersama teman2 guru yg masih single di Seberang Takir di Terengganu. Saya mengajar di sekolah yg jauh daripada tempat suami saya mengajar. Kami tidak dapat hidup bersama seperti suami isteri yg lain disebabkan oleh jarak yg terlalu jauh. Saya berpindah ke rumah lain supaya suami saya lebih comfortable jika datang bertemu saya.

2.        Pada tahun 1981 saya mengandungkan anak yg sulong. Selama saya mengandung saya tinggal sendirian tanpa sesiapa menemani saya. Hanya Allah yg tau betapa sedihnya saya ketika itu. Berbagai cabaran yg saya tempuh sendirian. Pada weekend shj suami akan datang. Saya kuatkan semangat dan diri. Ketika itu seorang teman baik saya yg kasihan dengan keadaan saya telah datang tinggal bersama menemani saya.

 3.        Pada Januari 1982 ketika usia kandungan saya berusia hampir 9 bulan, barulah suami saya dapat transfer dan akhirnya kami dapat hidup bersama. Setelah dua minggu kami hidup bersama, anak sulong kami pun dilahirkan. Hinggalah saya melahirkan anak kedua kami hidup bersama dengan bahagianya.

4.         Pada tahun 1987 suami saya menyambung studynya di UPSI Perak selama satu tahun. Jarak yg tersangat jauh itu sekali lagi membuatkan saya terpisah jauh darinya selama satu tahun. Saya bersama 2 anak yg masih kecil menempuh berbagai dugaan sendirian.

 5.         Pada tahun 1988 saya berpindah ke Bentong Pahang dan tinggal bersama ibu saya. Sekali lagi suami menyambung studynya dalam bidang Kaunseling di peringkat degree di UPM selama 3 tahun. Walaupun saya dan anak2 terpisah dari suami tapi sekurang2nya setiap weekend dia pulang utk bertemu kami lagipun jaraknya tidak berapa jauh.

 6.         Pada tahun 1993 saya pula meninggalkan suami dan anak2 utk sambung study art specialist course saya di KL selama satu tahun. Kini giliran suami saya pula mengurus anak2 kami yg sudah berjumlah 3 orang.  Saya hanya pulang pd weekend shj.

7.          Pada tahun 1995 suami saya pula tinggalkan kami kerana sambung studynya di peringkat masters di UM selama satu tahun setengah. Dia juga pulang masa weekend shj.

8.          Pada tahun 2003 saya dinaikkan pangkat dan dihantar berkhidmat di  sebuah tempat yg sangat jauh di Pekan  selama 7 bulan. Saya tinggal sendirian di sana.

9.          Pada tahun 2004 saya kembali ke keluarga.

10.        Pada tahun 2011 saya dinaikkan pangkat lagi menjadi Guru Besar di Chemomoi yg sangat jauh tempatnya. Saya terpisah dari keluarga. selama 1 tahun setengah. Saya tinggal sendirian.

            Akhirnya pada tahun 2013 saya mengakhiri perkhidmatan saya sebagai Guru Besar SK Sri Layang Genting Highlands.

           Kalau diteliti baik2 sepanjang hidup kami sebagai suami isteri sungguh tak terkira kerapnya kami terpisah. Namun semuanya ini mengajar diri kami erti sabar dan tabah.

          Kepada anak2 muda yg masih dalam taman cinta kasih hidup bersuami isteri, jadikan pengalaman saya ini sebagai satu cabaran dalam mengharungi hidup berumahtangga.

DISTANCE MAKES YOU STRONG
DISTANCE TESTS YOUR LOYALTY
DISTANCE DEEPENS YOUR LOVE

          
0 SAY SOMETHING

Newer Post
Older Post