The owner
![]()
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits ![]() Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E. |
Jejak ke Padang Sumatera ![]() Assalamualaikum wbrt... Wow...sekembalinya saya drpd Kashmir pd 27 Disember 2015, saya diserang cirit birit kerana makan makanan berempah yg terlalu banyak agaknya. Namun saya tak kesal. Salah satu sebab saya suka mengembara ke negara asing adalah kerana saya ingin merasa kelainan makanan mereka. My next destination is Padang Indonesia. Anak angkat saya Afdhal dari Jambi yg sedang belajar peringkat masters di University Indonesia telah pulang bercuti ke Malaysia selama seminggu. Selepas itu Afdhal, saya, anak bongsu saya Regina dan best friendnya Siti Sarah berangkat ke Padang pd 13 Januari 2016. Seorang lagi anak angkat saya ia itu Radhiyatul Fajri menunggu ketibaan kami di airport Minangkabau Padang. Trip kami kali ini adalah sangat berlainan sekali.Sangat istimewa. Kami berkembara seperti sebuah keluarga kecil yg sangat rapat. Saya adalah ibu kpd kumpulan kami. Nof pemandu kereta sewa kami sudah seperti anak saya sendiri juga. Day 1- 13 Januari 2016Padang & Bukit Tinggi
airport Minangkabau, Padang
kami sampai jam 8 pagi waktu Indonesia
singgah breakfast di pekan kecil daerah Pariaman
sarapan kami...lontong..tapi lain sikit drpd lontong Malaysia
Sala Lauak cemilan istimewa daerah Pariaman..heaven sangat kuih kodok/jemput bulat2 ni..garing dan enak dan murah sangat...
suka tengok kedai kopi di Pariaman ni..betul2 style 60'an...unik rak botol minuman kat dinding tu...
Kami menaikki kereta sewa Avanza yg dipandu oleh Nof seorang anak muda yg sangat sopan dan baik. Dari airport kami menuju ke Malinjau utk ke rumah Buya Hamka seorang ulama, novelist dan philosopher tersohor di nusantara ini. Kami singgah di daerah Pariaman utk sarapan pagi. Kami makan di sebuah kedai yg masih berciri tahun 60'an. Kuih dan lontongnya sangat enak dan murah. Kami juga membeli byk bekalan air mineral. Kami menuju ke Malinjau utk ke rumah dan galeri Buya Hamka. Terdapat sebuah danau/tasik di kawasan itu. Perjalanan kami ke sana mengambil masa yg agak lama dengan melalui jalan yg agak bumpy. Sarah kawan Ina sudah mulai pening. Maka hampir 5 atau 6 kali terpaksa kami berhenti kerana dia muntah. Saya juga muntah sekali. Nasib baik kami beli byk air mineral. Rupa2nya Afdhal dan Nof telah membawa kami ikut jalan yg lebih jauh kerana mereka sendiri pun tak pernah sampai ke rumah Buya Hamka. Hahaha...entahlah..tak tau nak gelak atau nak mengeluh...tp semua ok..akhirnya kami gelak sahaja. Pengalaman beginilah baru ada thrill and chill..hehe
bersama Afdhal dan Fajri di depan rumah kelahiran Buya Hamka
buku2 karya Buya Hamka...di sini agak mahal harganya..so saya kirim dgn Fajri aje beli di Padang..jauh lebih murah
bersama cucu Buya Hamka yg mengurus galeri ini
berfoto ramai2 di depan museum
dari jendela rumahmu Buya Hamka...
Seterusnya kami pun bergerak ke Bukit Tinggi. Aduhh..jauh juga perjalanannya. Sarah sudah lembik dan pucat mukanya. Mungkin selama ini dia tidak pernah travel keluar dan adventurous begini. Kami singgah makan lunch. Lauknya asam tumis ayam. Sangat enak. Tapi perutku dan Sarah berasa sangat tak enak..tak boleh nak makan kesan dari muntah td. Naik ke Bukit Tinggi adalah seperti naik Fraser's Hill. Ada 44 selekoh atau kelok. Setiap selekoh dipaparkn di papan tanda. Yg menariknya, setiap selekoh juga ada dipaparkan kata2 unsur dakwah dan keagamaan. Akhirnya jam 3 petang kami sampai di puncak Bukit Tinggi. Sungguh saya tidak sangka bahawa Bukit Tinggi sangat besar dan ramai penduduknya. Di saat ini...saya hanya nak katil dan tilam empuk utk rehat. Tersangat2 penat rasa badan. Homestay Bamboosa..hmmmm...sangat selesa dan cantik...
Bamboosa Homestay...interiornya sangat2 cantik dan selesa
sungguh nikmat dpt berehat di tilam empuk ini
Setelah mendapat rehat yg cukup, kami keluar ke jam gadang pd sebelah malamnya lalu dinner. Tempatnya sangat nyaman.
ada sesuatu kelainan yg terdapat pd jam gadang ini...cuba cari...
dinner satay Padang...
satay Padang yg sangat berbeza dgn satay Malaysia. Di sini semua makanan dialas dgn daun pisang
murtabak mesir nama diberi tapi dijual di Indo
sedap murtabak mesir ni..rasanya sama mcm murtabak mamak malaysia..tapi dicicah dgn kicap lada..kami beli ni utk makan2 di homestay sebelum masuk tidur...
Day 2:13 Jan Bukit Tinggi
sarapan pagi di homestay Bamboosa...soto...aduh enaknya..
check-out dr Bamboosa...sebelum jalan2 dan shopping2...kami check-in pula ke Homestay Seruni pula..
bagus...
shopping kain langsir di Pasar Aur Kuning...tempah pagi..tengahari siap...
beli telekung...cantik2..murah2...
seterusnya kami ke Hatta Memorial Heritage
Bung Hatta adalah vice president Indonesia satu masa dulu
Ini adalah rumah Bung Hatta
perabot2 ini adalah yg original kepunyaan Bung Hatta
dapur rumahnya
rumah Bung Hatta yg berdinding anyaman rotan
di bahagian dapur rumah
makan time...nasi Padang..lauk hampir 20 jenis...tapi bayar hanya yg dimakan aje..seramai 5 orang makan kami membayar hanya RM30...sangat berbaloi...
sedap sangat lauk2nya
sejarah penaklukan Jepun
bakso for dinner
Day 3-15 Jan Koto Baru -Pagar Ruyung- Padang
breakfast at Seruni Homestay
di depan sekolah Afdhal di Koto Baru
bersama adik2 junior sekolah Afdhal
melihat kehalusan songket di kampung Pandai Sikek(Pandai Sikat)
bengkel ukiran kayu
bengkel buat assesori masjid dan surau
rezeki bertemu ibu ayah Fajri di rumah sakit ketika ibunya mendapat rawatan
Istana Besar Pagar Ruyung
cawan minum dibut drpd tempurung dan kaki cawan adalah bamboo
Bika atau Lempeng Nyior..sedap giler!Tqvm Fa...
ya pak ya ibu..mari2 saya jual durian enak ni..hehe
pengalaman yg sangat menyeronokkan apabila kami masuk kampung dan singgah sj di rumah sesiapa yg ada pohon durian. Makan, bayar dan jalan...
masuk redah kampung utk makan durian..cool sangat
check-in Bond Hotel Padang
dinner time..mee rebus
Afdhal bertemu rakan sekolahnya yg kini bekerja di restoran ini
muzium
pantai air manis..lagenda anak derhaka si malim kundang
masjid sumatera barat yg unik bentuk minangkabau
selamat tinggal Padang..sehingga bertemu lagi
pasti mama merindui Radhiyatul Fajri...hingga bertemu lagi
1 SAY SOMETHING ← Newer Post
Older Post →
|