The owner
Assalamualaikum. Welcome to my Loveland. Chew, swallow, digest and enjoy.
Old Entries Credits Basecode by Atin Tory . Thanks too by L O V E.
| Jejak Amal Aurcino Assalamualikum wbt... Semoga kita semua di dalam naungan kasihnya Allah... Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya ke sebuah desa yg bernama Aurcino yg terletak dalam provinsi Jambi di Sumatera Barat. Pengalaman ke sana adalah satu pengalaman yg sgt berharga buat saya dan pasti saya tidak akan lupakan sepanjang hidup saya. Utk pengetahuan semua, anak angkat saya Afdhal berasal dari desa Aurcino. Dia sering berkongsi cerita tentang abahnya yg tidak pernah lelah mengajar Al Quran di madrasah dan juga di rumahnya. Selama berpuluh tahun abahnya mengajar anak2 desa Aurcino mengaji di rumahnya. Bilangan anak2 semakin hari semakin meningkat. Ruang mengaji di rumahnya tetap ukuran yg sama sejak dulu lagi. Ketika itulah hati saya terdetik utk membantu. Saya mengajak rakan2 saya semasa kami sama2 belajar di kolej perguruan pada tahun 1978 utk sama2 beramal membantu mewakafkan dana utk membina sebuah bangunan utk anak2 mengaji dan menghafal quran. Rumah itu bergelar RQA(Rumah Quran Al Khairat). Pada awalnya saya merasa kurang yakin tentang kemampuan saya utk mengajak kawan2 membantu. Saya tubuhkan satu kumpulan bergelar Circle of Trust. Namun saya amat bersyukur apabila kawan2 yg membantu saya adalah kawan2 yg sgt proaktif dan supportive. Terima kasih yg tidak terhingga kpd Zainab, Hasnah. Dr Rosli, Samsul dan Masrol. Dalam tempoh dua setengah bulan kami berjaya mengumpul RM70,000 drpd donatur2 untuk diserahkan kpd RQA. Sungguh saya tidak menduga betapa ramai yg hauskan pahala amal jariah .. berebut2 utk berwakaf utk mencari keredhaan Allah. Dalam pada itu kami bersepakat utk pergi berziarah dan bersilaturrahim ke desa Aurcino. Inilah peluang saya nak ke Jambi. Selain drpd bertemu dan bersilaturrahim, saya juga punyai keinginan yg sangat besar yg telah lama saya pendamkan.Saya ingin menjijak kaki saya ke Jambi tempat asal usul arwah ibu saya. Saya ini terhasil drpd 1 Minang 1 Melayu(disebelah bapa) dan 2 Jambi (di sebelah emak). Day 1 - 27hb Setelah segala urusan selesai kami bertujuh ia itu Zainab dan suami, Masrol dan isteri serta saya , suami dan anak bongsu saya pun berangkat ke Padang pada Ahad 27hb November 2016. Setibanya kami di airport Minangkabau pd pukul 2 ptg, kami disambut oleh Afdhal dan Radhiyatul Fajri sahabat Afdhal. Saya sudah lama mengenali Fajri. Saya sudah anggap dia seperti anak saya sendiri. Travel car yg amat selesa membawa kami. Kami sedia maklum yg perjalanan kami ini sangat jauh. Setelah kami lunch hidangan nasik padang, kami mula bergerak ke arah Jambi.
saya dan suami
kami bertiga beranak
Zainab dan suaminya Sharif
Masrol dan isterinya Jalina
lunch nasik padang...berpuluh2 hidangan yg enak2 dan aneh2..hehe
peta menunjukkan perjalanan kami ke Aurcino...sangat jauh
Day 2- 28hb Setelah kami bersarapan di hotel, kami bersiap2 utk ke desa Aurcino. Kami pastikan barang2 yg nak dibawa kpd RQA semua sudah siap. Ada ole2 utk anak2 RQA juga beberapa barang yg lain sebagai buah tangan kpd mereka di sana.
rumah2 yg terdapat di tepi jalan ke Aurcino semuanya konkrit tp kecil dan comel
inilah saat yg paling istimewa ketika kaki ku menjijak tanah Jambi..hati terusik dan sayu seolah2 saya pulang ke desa emak saya..inilah rumah anak angkat saya Afdhal..
terharu bercampur gembira sangat melihat progres bangunan RQA yg sudah sampai ke tahap ini...
RQA yg sedang dibina
makan lunch di rumah Afdhal bersama keluarga, jiran dan beberapa ketua masyarakat Aurcino
inilah hidangan yg sangat heaven buat saya...ikan kaloi masak tempoyak dan pucuk ubi...hidangan yg sangat humble tetapi enak sekali
Kami dijamu makan tengahari dengan layanan yg sangat baik dan mesra. Terima kasih Abah Sulaiman(abah Afdhal)dan family
bersama keluarga Abah Sulaiman yg sangat baik hati
Pertama kali dalam hidup saya makan ikan kaloi apalagi di masak dgn tempoyak. Sedap sangat. Kami sedikit pun tidak berasa asing dan janggal ketika berada di rumah Abah. Kami rasa benar2 terjalin silaturrahim yg cukup indah. Tak pernah termimpi yg saya akan pergi sejauh ke sini.
Acara seterusnya kami dibawa melawat Madrasah yg dikendalikan oleh Abah. Ketika kami sampai, hampir 200 lebih anak2 berlari kegembiraan ke arah kami. Madrasah ini dibina sejak zaman Belanda lagi. Tak pernah satu ketika Madrasah ini berhenti memberi ilmu Al Quran kpd anak2 Aurcino. Abah yg mengajar hampir 30 tahun tak pernah menerima satu sen bayaran pun. Semua dilakukan utk jalan Allah.
bersama anak2 di madrasah Nurul Taufik
Selepas kami ke madrasah, kami dibawa ke dewan orang ramai . di situ diadakan acara sambutan rombongan kami oleh anak2 RQA dan ibu bapa mereka. Juga diadakan acara penyerahan dana secara simbolik, pertukaran cenderahati dan di selang seli bacaan surah Al Quran oleh anak2 Aurcino. Kami dijamu lagi dengan kueh mueh yg enak.
penyerahan dana secara simbolik dari Pak Masrol kpd Abah
penyerahan ole2 utk RQA drpd Bapak Aziz kpd Abah
tanda ingatan drpd RQA kpd Group Circle of Trust
berfoto kenang2an
Setelah selesai acara di dewan, kami kembali ke rumah Abah utk solat jamak. Kami juga menyerahkan ole2 utk anak2 RQA dan juga ole2 utk family Abah. Sebelum kami pulang ke Gunung Medan kami berfoto kenangan lagi.
ponakan Afdhal dan Afifah yg comel
foto kenangan bersama abah dan emak Afdhal
babah, abah, emak, mama
semoga RQA dibelakang kami ini siap dan diimarahkan dgn alunan suara bacaan quran dan juga hafalan anak2 Aurcino
Day 3-29hb
bergambar kenangan di depan Hotel Umega di Gunung Medan sebelum berangkat ke Padang
Danau Singkarak yg sangat indah
pondok rehat digigi air danau
pengalaman bakar pisang
oo..sedapnya..pisang dibakar, dileperkan dengan apitan kayu, dituang susu pekat manis, choc rice dan cheese..yum..yum..
donut mcm ice cream yg lembut sedap dan tidak manis..
lauk yg memang tak sanggup ku telan
makan durian kampung yg sgt murah...
Day 4-30hb
selamat sampai Malaysia..terima kasih sahabat2 ku kerana sanggup bersama2 melalui susah dan senang demi mendapat keberkatan Allah
@Tiada tolok tanding seronoknya beramal jariah...
0 SAY SOMETHING ← Newer Post
Older Post →
Jejak ke Padang Sumatera Assalamualaikum wbrt... Wow...sekembalinya saya drpd Kashmir pd 27 Disember 2015, saya diserang cirit birit kerana makan makanan berempah yg terlalu banyak agaknya. Namun saya tak kesal. Salah satu sebab saya suka mengembara ke negara asing adalah kerana saya ingin merasa kelainan makanan mereka. My next destination is Padang Indonesia. Anak angkat saya Afdhal dari Jambi yg sedang belajar peringkat masters di University Indonesia telah pulang bercuti ke Malaysia selama seminggu. Selepas itu Afdhal, saya, anak bongsu saya Regina dan best friendnya Siti Sarah berangkat ke Padang pd 13 Januari 2016. Seorang lagi anak angkat saya ia itu Radhiyatul Fajri menunggu ketibaan kami di airport Minangkabau Padang. Trip kami kali ini adalah sangat berlainan sekali.Sangat istimewa. Kami berkembara seperti sebuah keluarga kecil yg sangat rapat. Saya adalah ibu kpd kumpulan kami. Nof pemandu kereta sewa kami sudah seperti anak saya sendiri juga. Day 1- 13 Januari 2016Padang & Bukit Tinggi
airport Minangkabau, Padang
kami sampai jam 8 pagi waktu Indonesia
singgah breakfast di pekan kecil daerah Pariaman
sarapan kami...lontong..tapi lain sikit drpd lontong Malaysia
Sala Lauak cemilan istimewa daerah Pariaman..heaven sangat kuih kodok/jemput bulat2 ni..garing dan enak dan murah sangat...
suka tengok kedai kopi di Pariaman ni..betul2 style 60'an...unik rak botol minuman kat dinding tu...
Kami menaikki kereta sewa Avanza yg dipandu oleh Nof seorang anak muda yg sangat sopan dan baik. Dari airport kami menuju ke Malinjau utk ke rumah Buya Hamka seorang ulama, novelist dan philosopher tersohor di nusantara ini. Kami singgah di daerah Pariaman utk sarapan pagi. Kami makan di sebuah kedai yg masih berciri tahun 60'an. Kuih dan lontongnya sangat enak dan murah. Kami juga membeli byk bekalan air mineral. Kami menuju ke Malinjau utk ke rumah dan galeri Buya Hamka. Terdapat sebuah danau/tasik di kawasan itu. Perjalanan kami ke sana mengambil masa yg agak lama dengan melalui jalan yg agak bumpy. Sarah kawan Ina sudah mulai pening. Maka hampir 5 atau 6 kali terpaksa kami berhenti kerana dia muntah. Saya juga muntah sekali. Nasib baik kami beli byk air mineral. Rupa2nya Afdhal dan Nof telah membawa kami ikut jalan yg lebih jauh kerana mereka sendiri pun tak pernah sampai ke rumah Buya Hamka. Hahaha...entahlah..tak tau nak gelak atau nak mengeluh...tp semua ok..akhirnya kami gelak sahaja. Pengalaman beginilah baru ada thrill and chill..hehe
bersama Afdhal dan Fajri di depan rumah kelahiran Buya Hamka
buku2 karya Buya Hamka...di sini agak mahal harganya..so saya kirim dgn Fajri aje beli di Padang..jauh lebih murah
bersama cucu Buya Hamka yg mengurus galeri ini
berfoto ramai2 di depan museum
dari jendela rumahmu Buya Hamka...
Seterusnya kami pun bergerak ke Bukit Tinggi. Aduhh..jauh juga perjalanannya. Sarah sudah lembik dan pucat mukanya. Mungkin selama ini dia tidak pernah travel keluar dan adventurous begini. Kami singgah makan lunch. Lauknya asam tumis ayam. Sangat enak. Tapi perutku dan Sarah berasa sangat tak enak..tak boleh nak makan kesan dari muntah td. Naik ke Bukit Tinggi adalah seperti naik Fraser's Hill. Ada 44 selekoh atau kelok. Setiap selekoh dipaparkn di papan tanda. Yg menariknya, setiap selekoh juga ada dipaparkan kata2 unsur dakwah dan keagamaan. Akhirnya jam 3 petang kami sampai di puncak Bukit Tinggi. Sungguh saya tidak sangka bahawa Bukit Tinggi sangat besar dan ramai penduduknya. Di saat ini...saya hanya nak katil dan tilam empuk utk rehat. Tersangat2 penat rasa badan. Homestay Bamboosa..hmmmm...sangat selesa dan cantik...
Bamboosa Homestay...interiornya sangat2 cantik dan selesa
sungguh nikmat dpt berehat di tilam empuk ini
Setelah mendapat rehat yg cukup, kami keluar ke jam gadang pd sebelah malamnya lalu dinner. Tempatnya sangat nyaman.
ada sesuatu kelainan yg terdapat pd jam gadang ini...cuba cari...
dinner satay Padang...
satay Padang yg sangat berbeza dgn satay Malaysia. Di sini semua makanan dialas dgn daun pisang
murtabak mesir nama diberi tapi dijual di Indo
sedap murtabak mesir ni..rasanya sama mcm murtabak mamak malaysia..tapi dicicah dgn kicap lada..kami beli ni utk makan2 di homestay sebelum masuk tidur...
Day 2:13 Jan Bukit Tinggi
sarapan pagi di homestay Bamboosa...soto...aduh enaknya..
check-out dr Bamboosa...sebelum jalan2 dan shopping2...kami check-in pula ke Homestay Seruni pula..
bagus...
shopping kain langsir di Pasar Aur Kuning...tempah pagi..tengahari siap...
beli telekung...cantik2..murah2...
seterusnya kami ke Hatta Memorial Heritage
Bung Hatta adalah vice president Indonesia satu masa dulu
Ini adalah rumah Bung Hatta
perabot2 ini adalah yg original kepunyaan Bung Hatta
dapur rumahnya
rumah Bung Hatta yg berdinding anyaman rotan
di bahagian dapur rumah
makan time...nasi Padang..lauk hampir 20 jenis...tapi bayar hanya yg dimakan aje..seramai 5 orang makan kami membayar hanya RM30...sangat berbaloi...
sedap sangat lauk2nya
sejarah penaklukan Jepun
bakso for dinner
Day 3-15 Jan Koto Baru -Pagar Ruyung- Padang
breakfast at Seruni Homestay
di depan sekolah Afdhal di Koto Baru
bersama adik2 junior sekolah Afdhal
melihat kehalusan songket di kampung Pandai Sikek(Pandai Sikat)
bengkel ukiran kayu
bengkel buat assesori masjid dan surau
rezeki bertemu ibu ayah Fajri di rumah sakit ketika ibunya mendapat rawatan
Istana Besar Pagar Ruyung
cawan minum dibut drpd tempurung dan kaki cawan adalah bamboo
Bika atau Lempeng Nyior..sedap giler!Tqvm Fa...
ya pak ya ibu..mari2 saya jual durian enak ni..hehe
pengalaman yg sangat menyeronokkan apabila kami masuk kampung dan singgah sj di rumah sesiapa yg ada pohon durian. Makan, bayar dan jalan...
masuk redah kampung utk makan durian..cool sangat
check-in Bond Hotel Padang
dinner time..mee rebus
Afdhal bertemu rakan sekolahnya yg kini bekerja di restoran ini
muzium
pantai air manis..lagenda anak derhaka si malim kundang
masjid sumatera barat yg unik bentuk minangkabau
selamat tinggal Padang..sehingga bertemu lagi
pasti mama merindui Radhiyatul Fajri...hingga bertemu lagi
1 SAY SOMETHING ← Newer Post
Older Post →
|